Bahan asas diperbuat dari aloi tembaga (bukan besi)
Diisadur dengan emas 24k @ emas 999 (bukan emas 18k/ emas 750).
Saduran 24k dan 18k adalah berbeza dari segi kualiti dan ketahanan.
Kilatan tahan lama menggunakan kaedah penjagaan yang mudah.
Batu yang digunakan adalah dari jenis CUBIC ZIRCONIA.
Boleh disadur semula.
Diisadur dengan emas 24k @ emas 999 (bukan emas 18k/ emas 750).
Saduran 24k dan 18k adalah berbeza dari segi kualiti dan ketahanan.
Kilatan tahan lama menggunakan kaedah penjagaan yang mudah.
Batu yang digunakan adalah dari jenis CUBIC ZIRCONIA.
Boleh disadur semula.
Saya cuba untuk menyenaraikan semua soalan berkaitan yang kerap ditanya oleh anda atau pelanggan anda. Semua jawapan yang diberi adalah setakat yang saya tahu dan hanya merujuk sepenuhnya pada barang emas sadur dalam '24k Gold Plated Accessories' sahaja. Jika ada maklumat yang silap, tolong tegur untuk saya betulkan. Soalan dan jawapan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
1- Apa makna emas 24k & 18k?
Secara ringkasnya, ianya berbeza dari segi kandugan emas. Emas 24k, atau emas 999 mempunyai kandungan emas tulen hampir 99.9%(tiada campuran lain). Emas 24k tidak dijadikan barang kemas kerana terlalu lembut. Untuk menjadikannya lebih keras, material lain dicampur. Jadi, emas 22k(91.6% emas) ,18k (75% emas) dll... adalah merujuk pada kandungan emas tulen dan campuran bahan/material lain.
2- Apa beza emas sadur 24k dan 18k?
Ada perbezaan dari segi warna dan ketahanan. Tapi kalau tengok sekali imbas, kadang-kadang memang tak boleh bezakan.
3- Emas sadur tak luntur ke?
Ingat ya, emas sadur bukan emas tulen. Tak kira macam mana bagus/tebal penyaduran yg dibuat, emas sadur tetap akan pudar/turun warna/luntur mengikut masa dan penggunaan, bezanya cepat atau lambat saja. Kalau anda mahukan emas untuk penggunaan bagi tempoh yang lama, seeloknya dapatkan barang kemas dari emas tulen.
4-Berapa cepat warnanya turun/luntur?
Ianya bergantung pada orang yang memakai & cara penjagaan. Ada sesetengah orang, mempunyai peluh yang 'kuat', jadi memang akan cepat luntur tetapi untuk orang yang biasa, dengan menggunakan cara penjagaan yang dicadangkan, kilatan emas pada barang kami boleh tahan dalam 1-2 tahun sebelum perlu disadur semula.
5- Cara penjagaan?
Setiap kali selepas memakainya atau semasa mahu menyimpannya, cuci menggunakan sabun mandi & keringkan, bertujuan untuk membersihkan kesan peluh atau sebarang bahan lain (dari bedak, makeup,minyak wangi dll)
6- Bolehkah barang disadur semula?
Ya, boleh. Ianya boleh disadur dimana2 kedai emas yang menyediakan khidmat penyaduran atau boleh dihantar semula kepada kami. Kos penyaduran ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Harga saduran akan bergantung pada emas yang digunakan, ketebalan saduran dan saiz barang itu sendiri. Harga tersebut juga boleh berubah mengikut harga emas tulen dipasaran.
7- Bila penghantaran dibuat?
Barang akan dihantar kepada anda, sebaik saja pembayaran penuh dibuat. Jika kami menerima pembayaran sebelum jam 8 pagi (bagi hari Isnin-Jumaat), kami akan menghantar barang tersebut pada hari yang sama. Tetapi, pembayaran yang diterima selepas jam 8 pagi, akan di hantar pada keesokkan hari jika ianya hari bekerja (Isnin hingga Khamis). Jika pembayaran diterima selepas pukul 8 pagi hari Jumaat, penghantaran dibuat pada hari Isnin minggu berikutnya. Begitu juga jika, pembayaran dibuat pada hari cuti am/umum, barangan dihantar pada hari bekerja seterusnya.
8- Bagaimana dan berapa kos penghantaran?
Kami akan menggunakan POSLAJU untuk menghantar barang pesanan anda. Untuk pembelian melebihi RM50, penghantaran adalah PERCUMA (dalam Malaysia saja). Bagi pembelian kurang dari RM50, kos penghantaran sebanyak RM5.00 dikenakan. Jika anda mahu mengunakan khidmat penghantaran lain, memang boleh tapi kos penghantaran ditanggung oleh anda sendiri.
9- Macam mana nak buat pesanan?
-akan diupdate-
10- Pembayaran?
Pembayaran boleh dibuat melalui bank tertentu sahaja. Atas sebab keselamatan, butiran pembayaran hanya boleh kami berikan kemudian dan hanya pembeli yang serius sahaja yang akan dilayan.
11- Di mana lokasi kedai? Boleh jumpa face to face?
Untuk pengetahuan anda, kami memang tak ada kedai. Kami hanya berurusan melalui internet/online/telefon sahaja. Permintaan untuk perjumpaan 'face to face' boleh kami penuhi tetapi hanya dengan mereka yang telah mempunyai hubungan perniagaan dengan kami utk sesuatu tempoh tertentu. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, memang banyak masalah timbul bila pelanggan baru nak jumpa, antaranya... pelanggan datang lambat (buang masa nak tunggu), langsung tak datang (tak inform pula tu), batalkan/kurangkan pesanan (tanpa sebab yang jelas) dll.

TAHAN KE EMAS SADUR NIHH ?
Semua barangan kemas EMAS SADUR sampai masa akan luntur warnanya.
Bezanya,
pasar malam > 2 minggu pudar dan berkarat
Kualiti > 8 bulan ke atas * ,boleh kilatkan balik, tak akan berkarat, boleh sadur balik selepas pudar nanti
Emas Korea ada banyak jenis:
1. Besi: Boleh sadur banyak kali tapi warna emas lepas sadur akan lain sikit. Tak akan berkarat.
2. Alloy: Sama macam besi.
3. Tembaga: Boleh sadur banyak kali, tak akan berkarat, warna akan sama macam warna asal. Kualiti paling baik.
Kebaisaannya jaminan dari kilang tahan 2 tahun, tapi bergantung pada faktor2 tertentu.
Ketahanannya banyak dipengaruhi oleh faktor berikut :
> Tahap berpeluh pemakai,
> Cara pakai,
> Kekerapan pakai,
> Cara penjagaannya dan
> Kekerapan berlakunya geseran.
Tahap ketahanan berubah apabila ia bertindakbalas dengan peluh pemakai dan faktor2 seperti yang telah disebutkan.
Boleh kena air, pakai seharian dan biasanya tahan 8 bulan ~ 1@2 tahun (MUNGKIN LEBIH CEPAT ATAU LAMBAT bergantung kepada faktor2 yg telah disebutkan)
Untuk tahu lebih LANJUT, sila klik link di bawah...
pandora9